“Saya Rasa Dia..” – Digelar Pasangan Visual, Netizen Teruja Dengar Pujian Song Kang Buat Kim Yoojung

Music
12 Dec 2023 • 3:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Paras rupa menakjubkan kedua-dua pelakon utama “My Demon” telah dipuji oleh peminat serta netizen.

Drama “My Demon” telah menggandingkan dua pelakon yang mempunyai kecantikan paras rupa yang luar biasa, iaitu Song Kang dan Kim Yoo-jung sebagai watak utama.

Walaupun baru enam episod disiarkan, drama tersebut telah berjaya mendapat sokongan ramai dan meraih rating yang tinggi.

Ketika ditemu bual mengenai drama tersebut, Song Kang dan Kim Yoo-jung telah meluahkan perasaan mereka selepas digelar sebagai ‘pasangan visual’.

image is not available

Song Kang dengan rendah hati telah memikat hati penonton dengan menyatakan bahawa gelaran itu diperoleh kerana Kim Yoo-jung.

Dia berkata,

Saya rasa Yoo-jung adalah sebab utama kami digelar ‘pasangan visual’. Dia memainkan peranan yang besar dalam gelaran tersebut.

Dalam masa yang sama, jawapan Song Kang yang sekaligus memberikan semua pujian kepada Kim Yoo-jung telah membuatkan netizen teruja dan memuji keserasian kedua-dua pelakon tersebut sama ada di luar mahupun di dalam drama.

Malah, terdapat juga netizen yang merasakan bahawa mereka akan menjadi pasangan yang sepadan jika bersama.

Romantik juga kan Song Kang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.