“Saya Rasa Kuat..” – Tarik Diri Dari ‘Running Man’, Jeon Somin Luah Perasaan

24 Oct 2023 • 7:51 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sepertinya semua masih lagi tidak percaya dengan berita pengunduran diri Jeon So-min dari “Running Man”.

Kelmarin, agensi pelakon wanita itu mengesahkan bahawa dia bakal meninggalkan rancangan tersebut selepas 6 tahun bersama bagi berehat seketika. Jelasnya, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas puas menyimpan tenaga.

image is not available

Terbaru, Jeon So-min telah mampir di laman hubungan peminat ‘Bubble’ untuk meluahkan ucapan buat semua,

Terima kasih kerana selalu menyokong dan membuatkan saya berasa kuat. Walaupun tak dapar jumpa setiap minggu lagi, saya akan mencuba untuk menampilkan sisi yang lebih baik nanti.

Untuk pengetahuan, rakaman terakhir Jeon So-min bersama “Running Man” akan berlangsung pada 30 Oktober ini.

Sedihnya..