Semalam, bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan kesihatan anaknya yang semakin merosot meskipun sudah tidak lagi memerlukan bantuan daripada mesin ventilator.
Terbaru, bapa kepada Ainul Mardhiah itu sekali lagi berkongsi keadaan anaknya yang dikatakan dalam keadaan yang semakin teruk menerusi laman Facebook.
Menurut Ahmad Safiuddin, adik Ainul terpaksa ditidurkan sekali lagi untuk mengelakkan daripada sawannya berulang kembali.
Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.
Saya doa semoga Allah swt bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya.
Safiuddin turut menambah bawah dia reda dan bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah swt jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang.
Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa.
Sama-sama kita doakan agar adik Ainul Mardhiah cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
Kredit: Facebook Ahmad Safiuddin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Saya Reda Dan Saya Dah Halalkan Anak Saya” – Adik Ainul Ditidurkan Lagi, Bapa Sedia Terima Sebarang Kemungkinan appeared first on Oh! Media.



