‘Saya reda dengan pemergiannya, tapi saat saya laungkan azan, saya harap Am masih ada’ – Bapa Nidza Afham

15 Aug 2024 • 7:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pemergian Muhammad Nidza Afham sudah pastinya sukar diterima oleh keluarganya. Walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun kehilangan insan yang tersayang pastinya akan diingati.

Sebelum mayat Allahyarham ditemukan, tular video yang dimuatnaik oleh kakaknya, bapa mereka melaungkan azan di atas jambatan kira-kira jam 3 petang.

Menerusi satu laporan, bapanya Mokhtar Mahmud berkata, ketika itu dia mengharapkan anaknya masih ada.

“Ketika melaungkan azan, saya masih berharap anak saya masih ada.

“Saya reda dengan pemergian arwah anak saya. Semasa azan, saya harap Am (nama panggilan Nidza Afham) dapat dijumpai.

“Tapi apabila anak dijumpai, saya reda dan harap Allah ampunkan dosanya,” katanya.

Penemuan mayat

Katanya lagi, dia menerima panggilan penemuan mayat yang dipercayai anaknya pada jam 7.30 petang.

“Tibanya di lokasi, ahli keluarga mengesahkan jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya.

“Itu memang Am (ketika diminta membuat pengecaman), anak lelaki saya,” katanya sebak.

Dalam pada itu, bapa Allahyarham menyifatkan Nidza Afham seorang anak yang baik dan sangat mendengar kata selain sering membantu adik beradiknya.

Terdahulu, kehilangan Nidza Afhma dimaklumkan oleh ahli keluarga menerusi media sosial.

Mayat Nidza Afham ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok sungai, Taman Telok Pulai Indah kira-kira 7 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved