Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima banyak aduan daripada pengguna TikTok berhubung kandungan dan siaran langsung mereka telah diturun atau disekat.
Ini termasuk video ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Himpunan Malaysia Bersama Palestin, pada Selasa lalu.
“Saya bagi contoh, satu kandungan itu ucapan Perdana Menteri berserta dengan beberapa gambar dari Gaza. Berdasarkan maklum balas dari pihak TikTok, mereka mengatakan ada gambar keganasan.
“Tetapi bila saya teliti balik kandungan itu, ia adalah seorang ayah yang mengangkat mayat anaknya yang diselimut. Tidak ada gambar darah, tidak ada yang orang ata macam yang menggerunkan.
TikTok dan META sekat kandungan pro Palestin?
Saya telah minta MCMC untuk beri teguran yang keras kepada TikTok dan META dalam isu ini.
Kalau isu ini diabaikan, saya tidak teragak-agak untuk ambil pendekatan dan pendirian yang amat tegas. pic.twitter.com/pn4IppdMdy
“Ini tidak masuk akal. Saya sangat-sangat marah dengan pihak TikTok dan kita telah memberi satu mesej yang kalau bagi saya mereka tak faham ini, kita kena fahamkan mereka,” tegasnya memetik laporan daripada Bernama.
Ekoran itu, Fahmi telah mengarahkan SKMM memberi satu teguran keras terhadap TikTok dan akan bersemuka dengan pihak berkenaan buat kali kedua dalam masa terdekat untuk menyampaikan pendirian kerajaan mengenai isu tersebut. Perkara yang sama juga akan disampaikan kepada Meta.
Jelas Fahmi, beliau tidak mahu hak kebebasa bersuara terutamanya dalam isu Palestin disekat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab-sebab tertentu.
Sumber: Bernama
The post ‘Saya sangat-sangat marah’ – Ada bukti TikTok & Meta sekat kandungan mengenai isu Palestin, Fahmi Fadzil akan beri teguran keras appeared first on The Reporter.



