‘Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu. Saya nak balik kampung, asalkan saya dan keluarga selamat’ – Faisal Halim

13 Jun 2024 • 3:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu sidang media khas berlangsung yang dianjurkan oleh Selangor FC untuk memaklumkan perkembangan terkini Faisal Halim.

Difahamkan, sidang media berkenaan dikawal ketat oleh pegawai keselamatan selain pihak berkuasa.

Dalam sidang media berkenaan, Faisal dalam keadaan sedih dan sebak memaklumkan dia mahu pulang ke kampung untuk keselamatan dia dan keluarga.

‘Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu. Saya nak balik kampung, asalkan saya dan keluarga selamat,” katanya.

Namun begitu, pihak pengurusan yakin Faisal Halim akan kembali beraksi apabila dia bersedia.

Dalam pada itu, Faisal turut menyatakan dia tidak mengetahui samada dia mempunyai musuh atau tidak dan tidak pasti samada mengekalkan sikapnya yang terdahulu (suka tersenyum).

Terdahulu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey itu pada awalnya agak kritikal namun telah dilaporkan stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Sumber: Live Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved