“Saya Sanggup Pandu Sendiri Ke Kedah” – Diva AA Minta Penganjur Festival Raya Bayaran Lebih Setimpal Dan Buat Permohonan Maaf

2 Apr 2024 • 5:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Diva AA Azwan Ali

Sebelum ini kami ada melaporkan yang tindakan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menari dangdut di atas pentas Karnival Fiesta Raya Baling 2024 dan menyebabkan karnival tersebut diarahkan tutup serta-merta.

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Azwan Ali meletakkan syarat kepada penganjur karnival itu untuk membersihkan reputasinya selepas tular mengenai isu kontroversi itu. 

Penganjur perlu bertanggungjawab membuat permohonan maaf serta mengemukakan bayaran lebih setimpal.

Apa yang berlaku, selepas pulang dari acara itu, saya tak pernah timbulkan isu bayaran walaupun sebenarnya, ia bukan nilai saya.

Saya tutup mata sebab mereka berkali-kali mengatakan, mereka tak ada bajet. Saya faham. Saya sanggup memandu sendiri ke Kedah seterusnya hadir di acara itu atas dasar persahabatan dengan Diva BB.

Diva AA juga akan heret perkara ini ke mahkamah sekiranya pihak karnival itu tidak dapat menyelesaikan permintaannya itu.

Bukan tu jer, pengacara sensasi itu juga cabar pihak yang didakwanya sebagai ‘pengkhianat politik’ itu untuk bersemuka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved