“Saya Sanggup Tergantung Hampir 8 Jam” – Anna Jobling ‘All Out’ Demi Menjayakan Watak Doktor Tantri

EntertainmentMovie
29 Nov 2024 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Anna Jobling mendedahkan dia sanggup ‘menggantungkan diri’ selama lapan jam demi menjayakan wataknya sebagai Doktor Tantri dalam sebuah filem seram, Lembayung.

Menurut OhBulan!, Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling akui berani membuat keputusan itu kerana percaya akan krew produksi yang bertugas di set penggambaran.

image is not available

Saya sanggup ‘dijerut’ dan tergantung selama hampir lapan jam masa bawa watak sebagai Doktor Tantri. Sepanjang tu memang saya makan, tidur pun dalam keadaan tergantung dan ada kerusi juga, saya duduk di situ.

 

Ikatan tu sebenarnya boleh dilonggarkan, cumanya saya malas nak turun naik dan proses nak pasang alat keselamatan tu rumit. Jadi saya ambil keputusan untuk terus tergantung di atas tu.

Pelakon itu turut berkata sebelum melakonkan babak tergantung itu, dia sudah mempelajari cara pernafasan yang betul supaya adegan tersebut tampak lebih realistik.

image is not available

Bila dah dapat shoot tu, terus cut dan ikatan tu terus dilepaskan. Kemudian baru saya boleh bernafas dan masa tu, ada krew yang dah bersedia tunggu di bawah untuk sambut kaki saya.

Pelakon itu turut memberitahu dia mengambil keputusan untuk membawa watak itu kerana dia mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang versatil yang mampu membawa pelbagai jenis genre dan karakter.

image is not available 2 days ago

“Saya Akan Maklumkan Pada Pihak Produksi...” - Sedar Industri Filem Indonesia Lebih Terbuka, Anna Jobling Letak Syarat Jaga Sensitiviti Budaya Malaysia