“Saya Sayang Dia Tapi..” – Hasil Senaman Ketat, Tapi Foto Song Jihyo Tayang Abs Dikritik?

19 Apr 2024 • 2:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun dah berusia 42 tahun, kagum rasanya melihat cara penjagaan diri Song Ji-hyo.

Terbaru, Glutanex telah mendedahkan beberapa gambar photoshoot baru bagi menyambut pelancaran jenama itu secara rasmi di Korea Selatan. Sebagai duta, sudah pastinya pelbagai gambar Song Ji-hyo dipaparkan dalam siri imej berkenaan.

Antara foto yang mendapat perhatian ramai ialah di mana wanita itu memakai jaket denim pendek yang menampakkan bahagian perutnya. Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan penjagaan dirinya memandangkan Song Ji-hyo pernah mendedahkan yang di melakukan senaman ketat hampir setiap hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 영원히 지효 (@foreverjihyo)

Pun begitu, tetap ada komen yang mempersoal kewujudan abs itu. Mungkin tidak percaya, kata seorang individu, “Saya sayang dia tapi macam edit je?” sekaligus meluahkan perasaan ragu-ragu dengan kesahihan foto berkenaan.

Tapi memang cantik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved