“Saya Sebagai Adik Hormat Abang” – Isu ‘Juara Tak Ke Mana’, Liza Hanim Mengaku Terikut Perasaan

EntertainmentLifestyle
25 Apr 2026 • 12:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi Liza Hanim tampil memohon maaf kepada Ameng Spring susulan salah faham yang tercetus mengenai isu ‘juara tak ke mana’.

Dalam screenshot mesej yang dikongsikan isteri Ameng iaitu Sabariah di Instagram, dapat dilihat Liza menghantar mesej menjelaskan perkara sebenar.

Liza memohon maaf dan mengakui dirinya terikut perasaan ketika insiden tersebut berlaku. Dalam masa sama, Liza turut menyatakan rasa hormatnya sebagai seorang adik dan berharap dapat bertemu secara berdepan untuk memohon maaf.

liza hanim
Kredit Foto: Instagram/Sabariah Zakariah

Liza juga menjelaskan bahawa tindakannya bukan berniat buruk, sebaliknya berlaku secara spontan sebagai seorang ibu.

liza hanim
Kredit Foto: Instagram/Sabariah Zakariah

Beliau turut mengakui kesilapan dan menerima segala teguran dengan hati terbuka. Selain mesej kepada Ameng, Liza turut menghantar mesej kepada isteri Ameng berterima kasih kerana sama-sama membantu menjernihkan keadaan.

Ameng dalam respon balas berkata, isu tersebut sudah dianggap selesai secara baik tanpa sebarang dendam.

Pssttt! Bila emosi menguasai, memang mudah untuk kita tersilap langkah. Tapi keberanian untuk mengaku salah dan minta maaf itu satu perkara yang sangat matang. Harap semua pihak dapat teruskan kehidupan tanpa lagi mengungkit perkara lama.

Kredit: Instagram/Sabariah Zakariah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Saya Sebagai Adik Hormat Abang” – Isu ‘Juara Tak Ke Mana’, Liza Hanim Mengaku Terikut Perasaan appeared first on Oh! Media.
View Original Article