'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution

30 Jun 2023 • 9:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution memaklumkan sedang menunggu laporan penuh berhubung insiden kekecohan di KLIA libat King Sing pada Jumaat.

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan sedang menunggu laporan penuh berhubung insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pada Jumaat.

Memetik laporan media, Saifuddin berkata, tindakan itu diambil sebelum memutuskan langkah seterusnya bagi isu berkenaan.

“Saya sedang menunggu laporan penuh,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suasana di balai ketibaan KLIA bertukar kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen pada Khamis.

Pada Jumaat, King Sing mengakui bahawa dirinya merupakan individu yang dimaksudkan susulan kekecohan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan bahawa kekecohan yang timbul itu bukanlah seperti dilaporkan yang mana menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.

Menurut beliau, kehadirannya di KLIA itu adalah untuk melakukan pemantauan, namun telah membawa kepada pembongkaran budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang.