
Penyanyi, pelakon sekaligus pengacara Alif Satar ini tidak mahu dikait-kaitkan dengan isu influncer Alif Teega yang sedang tular ini. Katanya, dia rasa kurang selesa apabila menerima pujian dari pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah baru-baru ini.
Menurut Alif, hal tersebut dikeranakan dia tidak mahu bersenang di atas kesengsaraan orang lain. Dirinya juga tidak selesa apabila namanya menjadi bahan jenaka dan perbandingan dengan Alif kerana bimbang akan menyakiti mana-mana pihak.
Saya segan sebenarnya hal pujian datang dari berita negatif orang lain. Orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris.
Saya tak suka komen sebab saya tak tahu apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, pelakon ini juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu rumah tangga orang lain kerana dirinya bukan orang yang betul untuk membahas perkara tersebut.
Pada masa yang sama, dia juga terkejut apabila menerima mesej bertanyakan sejak bila bernikah lagi dari orang awam. Apabila mengetahui perkara sebenar, barulah Alif tahu itu hanya gurauan dari netizen. Disebabkan itu, namanya pun terpalit sekali dalam masalah rumah tangga orang lain. Alif juga mengambil hal ini sebagai iktibar dan peringatan buat dirinya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Jangan Rasa Lelaki Tu Baik Depan Korang Tapi Dia Tak Ada Yang Lain" - Abang Tesla Ulas Isu Alif Teega
The post “Saya Segan Sebenarnya..” – Tiba-Tiba Nama Dikaitkan Dengan Hal Orang Lain, Alif Satar Terkejut Ditanya Sejak Bila Kahwin Dua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![“Hadap Dulu & Berdamai” – Aisyah Hijanah Minta Orang Ramai Jangan Burukkan Alif Teega [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)