“Saya selalunya tak dengar cakap..”- Naim Daniel akui degil, suka ‘have fun’

Music
4 Oct 2023 • 3:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi yang juga pelakon berbakat besar, Naim Daniel mengakui dirinya merupakan seorang yang degil.

Naim Daniel degil, tak dengar cakap

Pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin sewaktu ditemui OhMyMedia berkata, dirinya bukan sahaja degil, bahkan seringkali tidak mendengar cakap dalam beberapa perkara.

Naim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai faktor dirinya dipilih sekali lagi untuk terlibat sama dalam Konsert Patah Hati 2.0 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Entah (tidak tahu faktor) sebab saya selalunya tidak dengar cakap kot? (gelak) Degil, suka buat perangai sendiri di atas pentas.
“Bagaimanapun, kita masih cuba untuk mengekalkan adab walaupun kita ni ada sedikit spontan atau mana-mana aksi spontan.
“Jadi, benda itu kot yang menjadi salah satu daripada merit untuk Naim ada di sini (Konsert Patah Hati 2.0). Tapi, itulah saya, Naim Daniel. Saya memang suka untuk have fun,”ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berusia 26 tahun ini pernah menjadi antara salah seorang artis memeriahkan konsert Patah Hati 1.0 pada Mac lalu.

Tambah Naim, aksi spontan dan caranya berseronok di atas pentas sebenarnya juga mahu memuaskan hati semua penonton yang hadir.

“Bagi saya, orang bayar tiket mahal.. kalau kita tu perform macam tu (bersahaja), lebih baik buat zoom meeting kan? Perform kat live tu kan.
“Jadi, bagi saya lebih pentingkan untuk dapatkan pengalaman di mana kalau audiens gembira, saya pun gembira. Sebab di sini, kita (artis) meraikan orang yang datang untuk kita,”katanya lagi.

Selain Naim, antara artis lain yang bakal memeriahkan Konsert Patah Hati 2.0 ialah Bunkface, Nadeera Zaini, Ismail Izzani, Neeta dan Aisha Retno pada 23 November ini di Zepp Kuala Lumpur.

image is not available

Orang ramai boleh mendapatkan tiket Konsert Patah Hati 2.0 bermula pada harga M185 (Malam Ini Kita Punya), RM269 (Luar Biasa Sakit), RM299 (Purnama) dan RM5,000 (VIP Box).

image is not available

Tiket Konsert Patah Hati 2.0 boleh ditempah mulai 6 September jam 5 petang melalui www.ticket2u.com.my.

View Original Article