“Saya Senang Cakap..” – Netizen ‘Bersemut’ Lihat Sisi ‘Sweet’ Kim Woobin Pada Shin Minah

Music
6 Nov 2023 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun jarang berkongsi mengenai hubungan mereka kepada umum namun, pasangan Kim Woo-bin dah Shin Min-ah sentiasa meraih perhatian ramai.

Terbaru dalam episod “Reap What You Sow”, semua ahli dilihat senang menanam pokok sambil berborak.

Khususnya, Kim Woo-bin ada bertanya kepada Kim Ki-bang,

Bila awak buat panggilan video kepada anak saudara awak, awak ada cakap ‘Saya sayang awak’ kepadanya. Adakah awak sering cakap ‘Saya sayang awak’ kepada kakak awak juga?

Jawab Kim Ki-bang,

Saya sering melakukannya. Adakah awak bagus dalam perkara ini?

Respon Kim Woo-bin,

Saya juga senang untuk meluahkan ‘saya cintakan awak’.

image is not available

Kim Ki-bang bersetuju,

Ya, awak memang tidak mempunyai banyak masalah terhadap perkataan ‘cinta’.

Selepas menonton siaran itu, penonton rata-rata dapat membayangkan bahawa Kim Woo-bin merupakan seorang yang mudah untuk meluahkan rasa cintanya kepada orang tersayang, termasuklah teman wanitanya, Shin Min-ah.

Untung Shin Min-ah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.