“Saya Seronok Lihat Kehidupan Baru Shuib” – Ayah Arwah Siti Sarah Akui Watie Wanita Istimewa

Entertainment
27 Jul 2023 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah segenap satu bulan mendirikan rumah tangga bersama usahawan jelita, Watie Hanifiah, pelawak serta penyampai radio, Shuib Sepahtu kelihatan amat bahagia.

Kebahagian yang dipaparkan turut dapat dirasai oleh ayah Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah.

Menurut Raisuddin, dia seronok melihat Shuib kini melalui kehidupan baru bersama isteri dan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Sedar ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pelawak itu mengahwini Watie, Raisuddin turut memberi pendapatnya.

Setahun lebih arwah (Sarah) tiada… Shuib tak boleh makan, tak tidur. Kita sanggup ke tengok dia macam tu?

Dalam pada itu, dia berkata tidak pelik untuk seseorang yang sudah kematian pasangan untuk berkahwin sekali lagi kerana itu adalah ketentuan mereka.

Tambahan bapa mentua Shuib lagi, Watie merupakan seorang wanita yang cukup istimewa kerana memahami perkara yang dilalui oleh pelawak itu.

image is not available 3 days ago

“Buat Apa Nak Cemburu Dengan Orang Yang Dah Tak Ada..” - Watie Hanifiah