“Saya Setiap Malam Suka Minum Milo Ais, Mungkin Tu Sebab..” – Wanita Lahirkan Bayi Seberat 4.8KG Raih Perhatian

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial hantaran seorang wanita memaparkan bayi seberat 4.8kg yang baru dilahirkan melalui pembedahan secara caesarean (czer).

Bayi berat 4.8kg

Hantaran tersebut telah meraih perhatian warganet, di mana rata-ratanya menyifatkan fizikal bayi tersebut seolah-olah sudah berusia kanak-kanak di taska.

Wanita yang bernama Wan Nur Jahidah Wan Muim berkata sewaktu kelahiran anak keempatnya itu, ruangan bersalin dan wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak menjadi kecoh kerana melahirkan bayi seberat 4.8kg pada 1 September lalu.

Bilik pembedahan dengan doktor serta para petugas wad bersalin kecoh pasal anak saya yang besar tu. Dah lepas bersalin pun jururawat dan doktor selalu ambil anak saya, mereka nak gomol sambil-sambil bagi susu sekali.

Suka minum milo ais setiap malam

Apabila ditanya bagaimana bayi tersebut boleh jadi seberat itu, Jahidah tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa ia berpunca daripada tabiatnya suka minum air milo ais pada setiap malam.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, dia mendedahkan tidak mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes gestasi serta tidak mengamalkan sebarang pemakanan atau minuman tetap masa mengandung.

image is not available

image is not available 2 days ago

Suami Tidak Berhati Perut Ceraikan Isteri Dengan Talak Tiga Di Wad NICU Sebab Melahirkan Anak Sindrom Down