Saya Sudah ‘Move On’ Episod Surat RoS – Saifuddin

Politics
16 Mar 2023 • 5:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Saifuddin berkata pemilihan UMNO sendiri akan diadakan Sabtu ini, justeru isu surat RoS tidak perlu dipanjangkan. - Gambar fail

PETALING JAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap isu surat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak dipertandingkan sudah berakhir.

Jelasnya, pemilihan UMNO sendiri akan dijalankan Sabtu ini.

“Saya sudah move on (tidak fikirkannya) dah daripada episod tersebut. Mereka (UMNO) pun hendak mengundi dah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

image is not available
Saifuddin Nasution Ismail

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu surat tular yang didakwa daripada RoS berhubung usul berkenaan.

Ia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang, iaitu pada 18 Mac ini.

Surat berkenaan yang disiarkan menerusi Facebook Planetmalaya antara lain memaparkan kandungan surat terbabit yang dikatakan keputusan RoS terhadap usul tambahan tersebut.

Dalam isu berasingan, Saifuddin berkata, setakat ini Lembaga Disiplin belum mengangkat sebarang keputusan berhubung isu pemecatan mantan Ahli Parlimen Batu yang juga bekas Naib Presiden PKR kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

“Saya pun tak sempat berhubung dengan Lembaga Disiplin, jadi saya percaya mereka sedang meneliti kes berupa rayuan daripada ahli yang dikenakan hukuman,” jelasnya.

Saifuddin menambah, MPP PKR juga bakal mengadakan mesyuarat di Shah Alam esok. - Getaran, 16 Mac 2023