
Perlawanan ketiga Kejohanan AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara pasukan Vietnam dan Malaysia malam tadi berakhir dengan kontroversi dan kecaman terutama sekali daripada penyokong Harimau Malaya.
Mana taknya, kemenangan Vietnam ke atas Harimau Malaya dianggap sebagai kontroversi selepas beberapa keputusan dibuat pengadil dari Jepun, Ryuji Sato dilihat tidak masuk akal sehingga merencatkan rentak permainan pasukan Harimau Malaya.
Penalti dan kad merah kontroversi
Ia selepas Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Vietnam pada minit ke-60 yang membawa kepada jaringan kedua pasukan Naga Merah itu.

Ryuji juga menimbulkan tanda tanya selepas melayangkan kad merah buat pemain negara, Azam Azmi Murad ekoran pelanggaran yang berlaku bersama pemain Vietnam, Doan Van Hau.
Bukan itu sahaja, beberapa keputusan lain dibuat Ryuji yang dilihat agak berat sebelah telah menyebabkan laman Instagramnya dipenuhi dengan kecaman dilemparkan penyokong Harimau Malaya.
Ryuji mohon maaf, minta penyokong Harimau Malaya hentikan kecaman
Terbaru, pengadil daripada Jepun itu tampil memuat naik satu permohonan maaf menerusi hantaran di Insta storynya.

Menurutnya, dia menerima bermacam hantaran mesej daripada penyokong Malaysia yang tidak berpuas hati dengan gaya pengadilannya malam tadi.
Ryuji juga mendedahkan bahawa dirinya sudah dihubungi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) serta Persatuan Pengadil Dunia dan menyerahkan segalanya kepada badan induk berkenaan.
Saya menerima banyak hantaran mesej di dm daripada rakyat Malaysia mengenai beberapa keputusan dibuat saya pada perlawanan malam tadi.
Saya juga ada menerima panggilan daripada FIFA dan Persatuan Pengadil dan mereka akan tentukan dan meneliti gaya pengadilan saya.
Ryuji juga memohon maaf atas tindakannya dan meminta agar penyokong Malaysia tidak lagi menghantar sebarang komen ke laman Instagramnya.
Kredit: Instagram Ryuji Sato
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Saya Sudah Terima Panggilan Daripada FIFA” – Ryuji Sato Mohon Maaf Pada Penyokong Malaysia appeared first on Oh! Media.

