“Saya Suka Sangat..” – Yoo Jaesuk Kongsi Akan Lakukan Perkara ‘Ini’ Sebelum Meninggal Dunia

29 Aug 2023 • 5:31 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semua orang pasti tahu bahawa kita tak akan hidup selamanya di dunia ini..

Terbaru, Jo Se-ho dan Yoo Yeon-seok telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk, di mana mereka ada berborak mengenai pelbagai perkara.

Ketika sedang berborak, Jo Se-ho bertanya soalan yang agak dramatik,

Jika awak hampir mati, apa yang awak akan makan?

Respon Yoo Yeon-seok,

Saya akan makan kaki ayam dengan semua tulangnya.

Jawab Yoo Jae-suk pula,

Saya akan makan ramen kerana saya sangat menyukainya.

Mengenai apa yang dia akan lakukan selepas makan ramen, lelaki itu berkata,

Saya sudah tidak merokok selama lebih 10 tahun jadi sekarang saya tidak boleh memikirkannya langsung.

Semoga Yoo Jae-suk sentiasa sihat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.