“Saya Tahu Awak Tipu Saya” – Baby Shima Dakwa Ada Penghibur Lain Curi ‘Minus One’ Miliknya

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi sensasi, Baby Shima tampil menyelar penghibur yang ‘mencuri’ dan menggunakan minus one yang dicipta khas untuk dirinya.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata tidak salah untuk meminta izin daripada pemiliknya daripada mengambilnya secara sembunyi di belakang pengetahuannya.

image is not available

Tak salah pun nak nyanyi lagu-lagu saya. Tapi minus one yang kami cipta sendiri itu dicipta khas untuk saya setiap kali tampil membuat persembahan. Kami gubah muzik sendiri.

 

Kalau nak, minta saja dengan saya atau pihak pengurusan. Tapi bukan ambil diam-diam. Saya pun suka cover lagu-lagu orang tapi sebelum itu saya hormat pada mereka, saya meminta kebenaran.

Difahamkan, terdapat pihak menggunakan minus one eksklusif yang dicipta khas buat Shima persembahkan atas pentas tanpa izin dan digunakan untuk tujuan komersial.

Saya sangat-sangat hargai sesiapa saja yang menyanyikan lagu saya. Isunya sekarang adalah minus one itu diambil dan digunakan pihak lain yang tiada hak terhadap karya itu.

 

Saya difahamkan, minus one itu diperoleh daripada kru teknikal di sebuah acara persembahan saya. Apabila pihak saya tanya, mereka beritahu mendapatnya dari YouTube dan saya tahu dia menipu.

image is not available

Penyanyi itu turut memaklumkan, pihak terbabit hanya menceritakan perkara sebenar selepas pengurusannya menghantar surat amaran untuk saman.

image is not available

image is not available 4 months ago

“Nampak Ikhlas Sayang Budak-Budak..” - Baby Shima Kesian Abang Bas Ditahan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved