“Saya tahu Ayden jatuh melalui media sosial, bukan daripada sesiapa” – Aliff Aziz

4 Jul 2024 • 1:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akui mengetahui berita insiden anak lelakinya, Ayden jatuh di tandas sekolah melalui media sosial.

Bagaimanapun, menurut laporan Gempak, penyanyi kelahiran Singapura itu enggan untuk mengulas lebih mendalam hal berkaitan anak-anak.

Ayden jatuh

image is not available

“Sebenarnya saya tahu tentang Ayden jatuh tu melalui medium media sosial. Ikutkan saya tak nak sentuh fasal isu anak-anak sebab saya datang ke sini (mahkamah) untuk kes saya.

“Saya tak nak bercakap tentang perkara lain. Tapi untuk menjawab soalan itu, saya memang dapat tahu tentang Ayden jatuh sekolah itu melalui media sosial, bukan daripada sesiapa,” katanya.

Ujar bekas suami kepada aktres Bella Astillah itu lagi, dia tidak mahu mendedahkan hal peribadi bagi menggelakkan kenyataannya dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ayden jatuh

image is not available

“Saya beri kerjasama untuk beri komen tentang kes yang berlangsung. Sebab nanti kalau kita tercakap benda yang silap dimanipulasikan atau pun dibuka-buka balik benda yang tidak perlu dibuka buat masa sekarang.

“Jadi, saya rasa jangan kita kaitkan benda lain. Kita selesaikan satu persatu… contoh untuk kes macam ini, kita cerita fasal ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon Aliff Aziz dan Ruh tidak mengaku salah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

image is not availableSumber: Gempak (Asyikin Mayudin)