“Saya Tahu Melalui Media Sosial..” – Fazley Yaakob Baru Tahu Mawar Rashid & Raf Yaakob Bercerai

23 Nov 2023 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi yang juga merupakan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memohon agar orang ramai memberi ruang kepada adiknya, Raf Yaakob dan isteri, Mawar Rashid untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Fazley sudah mengetahui kemelut pasangan itu sejak awal tahun ini tetapi tidak menyangka mereka memutuskan untuk bercerai dan kongsi hal terbabit di media sosial.

Sebelum ini saya hanya beri mereka ruang untuk selesaikan masalah rumah tangga. Saya pun tahu perpisahan mereka ini di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Difahamkan, cef selebriti berkenaan mengulas hal ini selepas sahaja Raf dan Mawar membuat pengumuman di media sosial sebulat suara untuk berpisah atas sebab sudah tidak sehaluan.

Dalam pada masa yang sama, Fazley yakin keputusan yang dibuat oleh adiknya serta isteri merupakan perbincangan bersama demi kebaikan anak-anak.

Sekadar info, khabar angin keretakan rumah tangga pasangan ini mula jadi perhatian pada Rabu, semalam selepas satu sumber mendedahkan mereka pergi ke mahkamah syariah.

image is not available 21 hours ago

Raf Yaakob Dan Mawar Rashid Bercerai Secara Baik, Alasan Sudah Tiada Persefahaman