‘Saya tak ada kawan, nak nyanyi sendiri’ – Wanita kongsi gadis beli muffin nak celebrate birthday sendiri

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 4:56 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kebiasaannya sambutan hari lahir diraikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Namun, kisah sedih seorang gadis yang dikongsikan oleh wanita ini membuatkan netizen turut bersimpati.

@ellisyayusoff_

Hari ni aku ade cite sedih , ade satu budak cina ni dtg beli muffin lepas tu dia nak beli light, aku tanya untuk ape , dia ckp hari ini hari jadi sya , tapi aku tak jual la light tu kat dia tapi aku bakarkan untuk dia , lepas tu aku nyanyi kan lagu untuk dia , lepas tu aku tanya lagi kat dia mane kawan² dia ckp sye tak ade kawan sye nak bakar dan nyanyi sendiri sumpah sedih #foryou #sai #xybca

♬ Happy Birthday To You – Baby Danny

Kongsinya, seorang gadis datang ke kedai untuk membeli muffin. Kemudiannya, dia mahu membeli pemetik api.

“Ada satu budak cina ni datang beli muffin, lepas tu dia nak beli lighter, aku tanya untuk apa?

“Dia cakap hari ni hari jadi dia. Aku tak jual lighter tu kat dia tapi aku bakarkan untuk dia,” katanya.

Katanya, bila dia mula nyalakan lilin tu, dia berasa sedih bila dapat tahu gadis tu tidak mempunyai kawan untuk sambut hari lahir bersama-sama.

“Dia cakap tak ada kawan, saya nak bakar dan nyanyi sendiri. Sumpah sedih,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved