“Saya Tak Akan Ada Di Sini..” – Ju Jihoon Akui Pernah Jadi Mangsa Buli

WorldMusic
9 Apr 2024 • 10:45 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ish ish.. sebenarnya budaya buli memang merupakan sesuatu yang normal di sekolah di Korea.

Terbaru, dalam program “Zzan Bro”, pelakon Ju Ji-hoon telah berkongsi mengenai pengalaman ketika bersekolah menengah,

Kawasan tempat tinggal saya ialah Cheonho-dong, ia adalah kawasan kejiranan yang liar dan panas. Cheonho-dong mempunyai penduduk yang ramai. Saya berada dalam kelas 19 dengan 75 orang setiap kelas. Jadi bayangkan berapa ramai pembuli yang ada?

Apabila bertanya sekiranya Ju Ji-hoon merupakan salah seorang dari mereka, lelaki itu bertegas menafikan dan berkata dia tidak akan berada di posisinya kini sekiranya melakukan hal yang jahat demikian,

Ada beberapa orang yang benar-benar memukul yang lain. Tetapi mereka tidak mengganggu saya kerana saya berbadan besar. Mereka membentuk kumpulan apabila saya berada di sekolah menengah.

image is not available

Lebih mengejutkan apabila Ju Ji-hoo sendiri mengakui bahawa dia yang dibuli,

Saya ditindas oleh mereka sehingga saya tamat dari sekolah menengah.

Berani dorang usik Ju Ji-hoon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.