“Saya Tak Akan Minta Maaf..” – Dikritik Muslim Dek Kongsi Lagu Hina Islam, RM BTS Buka Suara

Music
31 Aug 2023 • 11:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sebelum ini, RM BTS telah dikritik orang Islam apabila dia berkongsi lagu “Bad Religion” dari Frank Ocean, yang berunsurkan islamophobia.

Untuk pengetahuan, dalam lirik lagu itu, ia menggambarkan kesukaran pasangan cinta sejenis yang beragama Islam selain penggunaan frasa Islamik ‘Allahuakbar’ yang dipercayai merupakan penghinaan buat agama itu.

Terbaru pada 30 Ogos, RM telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, di mana dia menjelaskan mengenai kontroversi tersebut. Pada awalnya, dia berkata,

Saya tidak tahu apa yang awak cakapkan tetapi saya tak pernah berniat untuk memperlekehkan mana-mana agama. Saya hormat semua kepercayaan dan agama. Saya melihat orang berkata itu dan ini tentang saya tetapi saya tidak mempunyai sebarang niat untuk berbuat demikian. Ia hanya lagu, ok?

Sambung RM lagi,

Saya sudah berumur 30 tahun dan saya tidak akan meminta maaf. Percaya saja kata-kata saya. Jangan buat khabar angin atau spekulasi. Tolong percayakan saya.

Kemudian, dia turut meyakinkan peminat lagi dengan memberitahu,

Saya tahu ramai orang tidak percaya saya dan mereka fikir saya berbohong, tetapi saya benar-benar jujur. Saya tak boleh berbohong kepada awak. Saya telah cuba menahan diri dan menanggung terlalu banyak perkara selama 10 tahun yang lalu, tetapi saya tidak boleh bertolan ansur lagi. Tolong percayakan kata-kata saya.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.