“Saya Tak Cantik Macam Song Hyekyo Tapi Saya Boleh..” – Lim Jiyeon

EntertainmentMovie
12 Aug 2024 • 11:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “The Glory”, Lim Ji-yeon tidak dinafikan semakin menerima banyak tawaran lakonan.

Baru-baru ini, Lim Ji-yeon telah terlibat dalam satu temu bual untuk filem barunya iaitu “Revolver”.

Ketika sesi temu bual, wanita itu bercakap tentang debut dalam filem pertamanya “Obsessed”, di mana dia melakonkan adegan dewasa yang mencabar. Luahnya,

Bukan mudah untuk rakam babak sebegitu ketika saya baru debut jadi ia membuatkan saya hilang kemahiran sosial. Saya debut dalam filem yang sengit pada usia muda.

image is not available

Sambungnya lagi,

Saya tak tahu apa daya tarikan saya sebagai seorang pelakon. Saya tak secantik Song Hye-kyo tapi saya sedar bahawa wajah saya boleh meluahkan banyak emosi. Saya boleh nampak baik, jahat atau apa-apa sahaja, pada bila-bila saya mahu. Saya juga ada pelbagai ton suara, yang saya percaya adalah kekuatan saya sebagai pelakon.

Lim Ji-yeon memang pelakon yang serba boleh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.