BACHOK - Bapa kepada remaja lelaki berusia 18 tahun yang maut dalam nahas tragis di Terengganu masih dibayangi detik ngeri kejadian yang meragut nyawa anaknya itu sehingga tidak dapat tidur.
Bapa mangsa, Wah Tee Tun, 49, berkata, mayat Wah Han Keong dibawa dari Manir, Kuala Terengganu ke Kelantan pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat di Kuil Buddha Ariyakiri, Kampung Aril, Pauh Lima di sini, kira-kira 140 kilometer dari kampung halamannya.
Katanya, detik kejadian itu itu terus berulang dalam fikirannya tanpa henti sehingga menyebabkan dia tidak dapat tidur sejak dua malam lalu.
**media[3528651]**
“Di depan mata saya, saya nampak tiang lampu menembusi cermin hadapan van.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa
Remaja putus kepala, van ditembusi tiang JKR dirempuh kereta hilang kawalan
'Saya beranikan diri tutup kepalanya yang putus'
“Saya nampak kepalanya jatuh berhampiran kaki, darah mengalir seperti air paip,” kata juruteknik itu.
**media[3528660]**
Dalam kejadian Selasa lalu, Han Keong maut selepas van Nissan Vanette yang dinaiki bersama Tee Tun bertembung dengan sebuah Volkswagen Golf GTI di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu, Terengganu.
Mangsa yang baharu selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu membantu bapanya dalam kerja pendawaian elektrik sejak awal tahun ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu juga sedang menunggu keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) dan bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang automotif di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun atau Politeknik Kota Bharu.
**media[3528628]**
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja putus kepala: 'Anak saya tunggu sambung pengajian di Politeknik' - Bapa
Menurut Tee Tun, proses pembakaran mayat bermula pada jam 1 tengah hari dan dijangka selesai sekitar jam 6 petang dengan keluarga dan saudara-mara berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir.
Katanya, suasana rumah mereka kini sunyi selepas kehilangan anaknya yang sebelum ini tidak pernah gagal mengucapkan ‘selamat pagi’ dan ‘selamat malam’ kepada dia dan isterinya setiap hari.
“Setiap pagi dan malam, dia akan ucap ‘selamat pagi’ dan ‘selamat malam’ kepada kami.
“Kini, tiada lagi ucapan daripadanya,” katanya.
