“Saya tak dijemput” -PM Anwar jawab soal kehadiran di himpunan pembangkang

LocalPolitics
26 Jul 2025 • 3:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan santai ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri himpunan pembangkang iaitu ‘Himpunan Turun Anwar’ yang berlangsung hari ini.

image is not available

Tak dijemput untuk himpunan pembangkang

Memetik laporan daripada Astro Awani, Anwar dengan jawapan ringkas namun mengundang perhatian menyatakan yang dirinya tidak dijemput untuk menghadiri perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka itu.

“Itu, saya tak dijemput,” jawabnya ketika ditemui media selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2025, pada Sabtu.

image is not available

Arahkan PDRM untuk beri kerjasama dalam himpunan pembangkang

Meskipun menjadi sasaran utama dalam perhimpunan yang dianjurkan pihak pembangkang itu, Anwar tetap konsisten dengan prinsip demokrasi yang diperjuangkan oleh Kerajaan MADANI.

Beliau sebelum ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman, lancar dan tanpa sebarang provokasi.

image is not available

Arahan itu menurut beliau adalah manifestasi komitmen kerajaan dalam menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan Perlembagaan, termasuk menjamin hak bersuara bagi semua pihak — walaupun mereka yang tidak sehaluan atau menentang dasar kerajaan.

Kenyataan Anwar itu sekaligus menunjukkan kematangan serta keterbukaan pentadbiran semasa dalam menghadapi perbezaan pendapat di kalangan rakyat dan parti politik.

Sumber: Astro Awani (Madiha Abdullah)