“Saya Tak Kan Lakukan Kesilapan Sama” – Kim Junghyun Menangis Ulas Kontroversi Dikawal Seo Yeji

10 Dec 2023 • 1:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setelah dua tahun berlalu, akhirnya Kim Jung-hyun terbuka hati untuk mengulas mengenai kontroversi dikawal bekas kekasih iaitu Seo Ye-ji hingga menjejaskan kerjanya.

Bakal kembali dengan filem “Unforgivable”, lelaki itu meluahkan pelbagai perkara dalam sebuah temubual rasmi. Jelasnya mengenai kontroversi berkenaan sambil menangis,

Kesakitan yang dilalui saya tak boleh dibandingkan dengan apa yang dirasai keluarga. Saya berasa sangat bersalah dengan mereka. Tiada apa yang dapat saya lakukan untuk kelakuan itu dan saya berasa tak berkuasa dan kecil.

image is not available

Pun begitu, dia kembali bersemangat dan cuba melawan dugaan itu dek sokongan tidak putus-putus dari keluarga, rakan dan peminat. Katanya, dia mahu membalas jasa mereka dengan kembali secara yakin semula di hadapan semua.

Ulas Kim Jung-hyun lagi,

Tiada cara untuk saya mengubah persepsi umum. Apa yang saya boleh lakukan ialah tidak melarikan diri dan menghadapinya, bangun dari kejatuhan ini dan beringat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama. Saya perlu membuktikan diri dengan lakonan sehingga sampai suatu hari, orang awam melihat kerja saya dan bukannya kontroversi.

Selamat berjaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.