“Saya Tak Kaya, Saya Juga Merempat” – Bonda Rozita Ibrahim Pertahankan Isteri Aliff Syukri

LocalFamily & Parenting
20 Apr 2025 • 10:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bonda rozita

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila tampil mempertahankan dan meluahkan penghargaan terhadap menantunya, Shahida.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Bonda menyifatkan Shahida sebagai wanita yang bukan sahaja cantik luaran, tetapi juga memiliki kecantikan dalaman yang luar biasa.

Dalam luahan itu, Bonda memahami perasaan seorang wanita apabila masuk ke dalam keluarga orang lain.

Bonda Rozita sangat menghargai Shahida

Katanya, beliau mahu menjadi seorang ibu mertua yang memahami dan bukan menyusahkan menantu-menantu.

image is not available

Sebab itulah beliau sangat menghargai kehadiran menantu-menantunya dalam hidup anaknya dan keluarga besar mereka.

Bonda turut mendedahkan Shahida sentiasa merendah diri walaupun pernah bekerja sebagai model iklan.

image is not available

Malah, Shahida juga bukanlah seorang mata duitan kerana dia tidak pernah meminta-minta duit suami.

Menurut Bonda lagi, sejak umur 20 tahun Shahida telah menjadi menantunya dan banyak membantu menjaga ahli keluarga termasuk ketika arwah ibu bapanya sakit.

“Saya akan mati tinggalkan kenangan baik untuk menantu-menantu saya”

image is not available

Bonda turut mendedahkan bahawa hubungan mereka sangat rapat malah Shahida sering menemaninya tanpa rasa jemu.

image is not available

Bonda juga akui bahawa sejak awal lagi beliau sendiri yang ‘meminang’ Ida untuk Aliff kerana terpikat dengan keperibadiannya.

Terdahulu, nama isteri Aliff Syukri ini menjadi perhatian apabila dicerca dengan perkataan buruk seperti bodoh oleh selebriti, Datin Rebecca Nur Al-Islam.

Pssttt! Beruntungnya ada ibu mentua seperti Bonda Rozita ini kan? Semoga hubungan rapat keluarga ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.