“Saya Tak Mahu Ameena Membesar Dengan Perkara Tak Baik..” – Shakilla Minta Kecaman Dihentikan Terutama Kepada Fizi Ali

Family & Parenting
31 Jan 2024 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres Shakilla Khoriri meminta agak orang ramai menghormati diri dan keadaanya serta bekas suaminya memandangkan mereka berdua masih dalam usaha menyelesaikan isu penjagaan anak mereka.

Jangan tulis benda tak baik

Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang puteri ini turut memohon agar netizen tidak mengecam dengan cara menulis hal yang menggores hati mana-mana pihak terutamanya ayah kepada anaknya, Fizi Ali.

Saya faham adakalanya emosi tidak menentu tetapi saya minta kalian untuk tak kata dan tulis perkara kurang baik pada sesiapa terutama kepada ayah Ameena Sofia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Demi kebaikkan anak

Pada masa yang sama, pelakon ini turut berkata bahawa orang luar perlu menghormati mereka yang sedang melalui rintangan ini. Menurutnya, hal tersebut bagi mengelakkan anaknya membesar dalam persekitaran yang negatif.

Saya tak mahu Ameena membesar dengan banyak perkara tak baik tentang saya ataupun daddy dia. Saya minta jasa kalian untuk stop tulis yang tak baik.

Sebelum ini, proses Sulh berhubung dengan isu hak penjagaan anak di antara Fizi dan Shakilla gagal menemukan kata putus dan akan diteruskan pada tarikh baru yang ditetapkan.

image is not available 1 week ago

Gagal Menemukan Kata Sepakat, Perbicaraan Hadanah Fizi & Shakilla Akan Diteruskan Pada 22 Februari