“Saya Tak Makan Satu Hari…” Pelajar Sedih Kafe Universiti Tidak Buka

2 May 2023 • 1:20 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Saya Tak Makan Satu Hari…” Pelajar Sedih Kafe Universiti Tidak Buka

Zaman belajar di peringkat pengajian awam mahupun swasta memberikan pengalaman yang berbeza buat individu susulan ia merupakan perjalanan hidup menuju ke alam pekerjaan.

Memang tidak dinafikan, zaman belajar adalah zaman yang memberikan banyak pengajaran di samping kenangan indah bersama kawan sewaktu mengejar mendapatkan segulung sijil.

Dalam masa yang sama, ia mengajar pelajar cara berdikari susulan tiada yang mengawal pergerakan tidak seperti di rumah yang mempunyai ibu bapa, yang menentukan tindak tanduk kehidupan.

Ada masa, hidup di zaman belajar boleh bertukar menjadi sesuatu yang tidak akan dilupakan sebagai contoh, kehabisan wang untuk membeli makanan dan terpaksa mengikat perut.

Pelajar menangis tidak dapat makan

image is not available
Tangkap layar video tular

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pelajar membuat luahan perasaan apabila dia mendakwa terpaksa berlapar kerana kafe di universitinya tutup selama dua hari.

Dengan air matanya yang menitis, pelajar lelaki itu berkata selama satu hari dia tidak dapat menjamah makanan hingga membuatkan dirinya berasa sedih.

Dakwa luahannya dalam rakaman yang berdurasi 57 saat itu, pihak universiti tidak mahu membuat kelas di atas talian.

Pihak pengurusan meminta pelajar untuk pulang ke kolej kerana mempunyai kelas fizikal.

Namun, tempat ruangan makan iaitu kafe yang ada di kampus tidak dibuka oleh kerana cuti musim perayaan masih lagi berjalan.

“Semalam saya sudah tidak makan satu hari. Tidak makan itu bukan tidak ada duit tapi sebab kafe tak buka.

Universiti ini suruh kita masuk (belajar) tapi tidak mahu buat online.

“Untuk dua dan tiga (hari bulan) tapi makanan semua tiada dekat dalam (universiti).

“Habis itu, pelajar yang masuk (duduk kolej) ini nak makan apa?” luahnya.

Pelajar lelaki itu meluahkan secara kesal mengenai tindakan pihak universiti dan dalam keadaan yang rumit itu, dia didatangi oleh seorang pelajar lain yang membantunya membelikan makanan.

Terharu ada ‘kakak’ ambil berat

image is not available
Tangkap layar video tular

Pelajar yang dikenali sebagai ‘kakak’ itu bertanya kepadanya sama ada dia sudah makan ataupun belum.

Pertanyaan itu membuatkan dia merasa terharu kerana keprihatinan yang ditunjukkan oleh kakak tersebut.

“Selepas itu saya sangat sangat terharu sebab ada kakak tanya, saya makan atau tidak. Saya cakap dari semalam saya tak makan.

“Saya sangat terharu sebab dia belikan dan saya nak bayar pun dia kata tidak perlu dia bagi percuma.

“Saya nak cakap dengan pihak universiti kalau tidak mahu buat kelas atas talian, untuk dua dan tiga hari bulan itu boleh, dah suruh paksa pelajar masuk itu sediakan tempat makan,” jelasnya.

Sumber: video tular