Pejam celik pejam celik, Taeyang BIGBANG sudah pun bergelar suami dan ayah orang kini.
Baru-baru ini, Taeyang telah terlibat sebagai salah seorang pengarah persembahan dan penerbit untuk program survival “I-LAND2 : N/a”.
Ketika sesi temu bual yang diadakan susulan tayangan rancangan tersebut, penyanyi “Eyes, Nose, Lips” itu turut ditanya tentang anak lelakinya.

Namun, Taeyang nampaknya tak selesa untuk menjawab dan memberi respon,
Saya hanya mahu bercakap mengenai program hari ini. Saya tidak mahu mengulas mengenai anak saya.
Sekadar info, Taeyang telah berkahwin dengan Min Hyo-rin pada Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada Disember 2021.
Tak selesa kot nak kongsi lebih-lebih..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Tak Nak..” – Sering Ditanya Pasal Anak, Respon Taeyang BIGBANG ‘Tutup’ Mulut Wartawan first appeared on KimchiDaily.my.
