“Saya Tak Paksa” – Bell Ngasri Turun Padang, Siap Bergambar Dan Tunjuk Cara Nak Undi ABPBH

14 Jul 2023 • 2:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Lain macam penangan Bell Ngasri kali ini! Iyalah, selain peminat, rakan artis pun nampaknya memberi sokongan padu supaya pelakon itu dinobatkan Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

Selain manifesto belanja makan tengah hari pada bulan Ramadan, pelakon yang popular dengan karakter Barkoba ini juga berjanji untuk turun ‘padang’.

Antara padang yang terpilih adalah padang bola, padang golf, padang kota Pahang dan padang jarak padang tekukur. Adui!

Di ruangan komen, pelakon popular Sharnaaz Ahmad berkata, jika Bell Ngasri tak menang anugerah tahun ini, dia tak mahu menyertai ABPBH lagi tahun depan.

image is not available

Selain itu, rakan artis seperti Hairul Azreen, Shuib, Wan Sharmila, Azza Elite dan ramai lagi turut memangkah YB Barkoba.

Di hantaran lain, pelakon ini dilihat mesra bergambar dengan para peminat di sebuah pusat beli belah. Jelas Bell, dia tak pernah memaksa peminat untuk mengundi sebaliknya cuma menunjukkan cara undian.

Ada udang di sebalik batu rupanya! Kalau macam gini gayanya, Bell Ngasri layak rangkul Bintang Popular ye dak?

Kredit: Instagram Bell Ngasri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved