“Saya Tak Peduli..” – Sumbangan $250 Juta Dalam Kempen Pilihan Raya ‘Wasted’, Presiden Trump ‘Berpaling Tadah’ Terhadap Elon Musk

WorldPolitics
6 Jun 2025 • 9:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan tokoh teknologi, Elon Musk saling mengeluarkan kenyataan kritikal di media sosial pada Khamis, berikutan perbezaan pandangan terhadap Rang Undang-Undang Pemotongan Perbelanjaan bernilai AS$1.6 trilion serta kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetan ekonomi akibat pelaksanaan tarif.

Trump, melalui platform Truth Social, mempertahankan cadangan rang undang-undang tersebut dengan menyifatkannya sebagai antara yang terbaik pernah dibawa ke Kongres, selain menolak kritikan Musk.

image is not available

Saya tidak kisah jika Elon berpaling menentang saya, tetapi dia sepatutnya melakukannya beberapa bulan lalu. Ini adalah salah satu Rang Undang-Undang Terhebat yang pernah dibentangkan kepada Kongres.

Ia merupakan pemotongan perbelanjaan rekod, AS$1.6 trilion dolar, dan pemotongan cukai terbesar yang pernah diberikan. Jika rang undang-undang ini tidak diluluskan, akan ada kenaikan cukai sebanyak 68 peratus, dan perkara jauh lebih buruk daripada itu.

Trump turut menegaskan bahawa beliau tidak mengambil peduli jika Musk bertukar arah, namun berpendapat kritikan itu sepatutnya disuarakan lebih awal.

image is not available

Sementara itu, Musk menerusi akaun X memberi amaran bahawa pendekatan dasar yang dibawa Trump boleh mengheret ekonomi negara ke arah kemelesetan.

Beliau juga memaklumkan bahawa SpaceX akan menghentikan penggunaan kapal angkasa Dragon, susulan kenyataan Trump berhubung pembatalan kontrak kerajaan.

Pertelingkahan ini turut memberi impak besar terhadap pasaran saham apabila nilai saham Tesla merosot sebanyak 14.3 peratus, menyebabkan kira-kira AS$150 bilion nilai pasaran lenyap.

Ketegangan ini memuncak selepas Musk secara terbuka mengkritik RUU Cukai dan Perbelanjaan Trump awal minggu tersebut, dengan alasan ia bakal menambah beban hutang negara.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Musk pernah menjadi penyumbang besar kepada kempen pilihan raya Trump dengan jumlah melebihi AS$250 juta dan juga merupakan antara penasihat terdekat beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hours ago

Singapura Bakal Ambil Alih 1.9 Ekar Tanah Kepunyaan Malaysia, Perluas Kawasan 'Woodlands Checkpoint'