‘Saya Tak Perlu Balas’, Lufya Gunakan Saluran Yang Tepat Demi Keadilan Dan Kebenaran  

15 Nov 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lufya dinasihatkan oleh peguam untuk menggunakan saluran yang tepat bagi mendapatkan keadilan. - Gambar dari Instagram Lufya

Semalam, industri hiburan tempatan telah dihangatkan dengan isu kenyataan bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz yang menyangkal dakwaan pelakon dan penyanyi itu bahawa dia gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam memberikan nafkah anak mereka, Haura.

Bahkan, Che Hafiz yang sudah pun mengikat tali pertunangan dengan pelakon Juliana Farhana dan bakal mengahwininya dalam tempoh masa yang terdekat ini juga menganggap tuduhan Lufya itu berbentuk fitnah dan akan menyelesaikannya di mahkamah demi sebuah kebenaran. 

Dia turut membuat laporan polis terhadap dakwaan fitnah Lufya itu.  

Perkara yang sama turut dilakukan Juliana Hana apabila namanya juga terpalit dengan kemelut bekas suami isteri ini.  

Pagi ini, Lufya telah memuat naik berita kenyataan Che Hafiz menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.  

Menerusi hantaran tersebut, Lufya menulis: “Saya tak perlu balas. Saya dinasihatkan oleh peguam yang dilantik untuk menggunakan saluran yang tepat bagi mendapatkan keadilan dan kebenaran.  

“Kes telah difailkan di Mahkamah dan saya serahkan pada pihak yang berkuasa. Semoga Allah melindungi kami anak beranak. Amin,” katanya. - Getaran, 15 November 2022