“Saya Tak Pernah Kenal Dia” – Nama Kena Petik, Suami Heliza Helmi Kata Fathia Latiff Merepek

15 Jan 2024 • 2:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tiba-tiba dipetik didakwa gagal menyiapkan rumah yang dibeli Fathia Latiff sejak lima tahun lalu.

Dakwa Fathia, dia telah membayar sebanyak RM2,000 sebulan untuk rumah itu sejak lima tahun lepas tetapi sampai sekarang tak nampak bayang.

Betul ke dakwaan Fathia tu?

image is not available

Menjawab kepada isu itu, Mahadi ketika dihubungi mStar berkata, dia sama sekali tak kenal Fathia Latiff dan tak pernah membuat sebarang urusan dengannya.

Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia tu.

Kata Mahadi lagi, dia tak jual rumah dan tiada perniagaan melibatkan hartanah. Malah, hasil semakan dengan pengurusan syarikat, tiada sebarang rekod perniagaan dengan selebriti itu.

Mahadi juga menepis dakwaan syarikatnya menerima RM2,000 sebulan daripada Fathia.

Apa-apa pun, dia tak berhasrat untuk bertemu Fathia untuk menyelesaikan isu ini. Dia akan menyerahkan kes ini kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.