Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad meluahkan rasa hancur dan kecewa ketika menerima surat ‘direhatkan sementara’ susulan kontroversi yang mengaitkan dirinya bersama dua rakan lain.
Menerusi podcast bersama AiditMyWay oleh Aidid Marcello yang dimuat naik di TikTok semalam, Nabil mengakui emosinya terganggu apabila menerima surat tersebut, apatah lagi ia berlaku ketika dia sedang giat membina kerjaya.
Bayangkan besarnya ujian bila dapat tahu direhatkan dari kerja. Air mata berjurai di masjid sambil fikir masa depan anak-anak dan impian pendidikan mereka Sebuah kisah perjuangan dan pengorbanan yang penuh inspirasi Tonton episod penuh di AididItMyWay. #aididitmyway #AIMW #podcast #aididmarcello #nabilahmad #nasihat #kerja @Aidid.Marcello @Nabilahmad
“Saya menangis apabila dapat surat ‘direhatkan sementara’ selepas kami bertiga keluar daripada Bukit Aman. Saya baca surat itu dan menangis semahu-mahunya. Saya cakap, ‘sudah habis ke karier? Saya dah kena mula jual kopi ke ni?’,” katanya.
Tambahnya lagi, sepanjang lebih 15 tahun dalam industri, ini kali pertama dia tidak bekerja tanpa kerelaannya sendiri.
“Saya tak pernah tak bekerja, kalau cuti pun sebab pergi umrah. Tapi kali ini, saya memang sedang kerja dan perlukan kerja itu. Anak-anak tengah membesar, bila dapat surat macam tu, mental saya jatuh. Rasa macam tak percaya.”
- Semua premis perniagaan di Kelantan diarah tutup operasi 1 Syawal
- Ustazah Asma Harun nafi berkolaborasi dengan jenama yang diboikot
- ‘Nothing serious’ – Edika Yusof harap masih boleh selamatkan rumah tangga
- Warga emas cedera parah dirempuh kereta ketika berteduh di bawah jejambat
- Terima kek coklat premium berkulat, pembeli minta pempengaruh jaga kualiti
Menurut Nabil, dia pernah rasa seolah-olah tiada halatuju dan masa depan kerjayanya gelap. Perancangan hidup untuk anak-anak juga terganggu akibat peristiwa tersebut.
“Perancangan untuk anak-anak, pendidikan mereka, supaya mereka jadi ‘somebody’… Semua itu bergantung pada karier saya. Tapi bila ia terhenti tiba-tiba, saya rasa kosong sebab tiada pelan sokongan.”
Tempoh ‘percutian’ yang menginsafkan
Sementara itu, dalam satu laporan Kosmo! Online, Nabil menyifatkan tempoh direhatkan itu sebagai ‘percutian yang menginsafkan’. Dia kini lebih mendekatkan diri dengan masjid serta mendapat kekuatan daripada keluarga dan rakan-rakan.
“Awal-awal trauma sikit tapi lama-lama, kita nampak ada kebaikan. Saya, Radin dan Azad banyak berbual dan saling beri semangat. Isteri dan anak-anak pun jadi sumber ketenangan saya,” ujarnya.
Jelas Nabil, insiden itu memberi kesedaran besar kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam isu melibatkan agama dan berharap dapat kembali bekerja semula bersama rakan sepasukannya.
“Saya belajar dari perkara yang dulu saya tak tahu. Sekarang saya sedar, dan saya lebih berhati-hati. Macam mana kita tak nak agama kita dipersenda, begitu juga agama orang lain.”
Nabil turut berkongsi hasratnya untuk mencuba bidang perniagaan sebagai langkah baru dalam meneruskan kelangsungan hidup.
The post ‘Saya tak pernah tak kerja’ – Nabil akui menangis ketika terima surat ‘direhatkan sementara’ appeared first on The Reporter.



