Saya tak reti nak berpolitik: Najwa Mahiaddin

Music
2 Aug 2023 • 10:39 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR - “Saya tak reti nak berpolitik”, itu jawapan Najwa Mahiddin ketika ditanya sama ada dia berminat untuk mengikut jejak langkah bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menceburi diri dalam bidang politik.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Senyum’ ini, biarpun dilahirkan sebagai anak tokoh politik berpengaruh, minatnya tidak pernah ke arah politik sebaliknya cintanya adalah terhadap bidang seni yang kian menebal.

“Memang jiwa saya jiwa seni. Keluarga saya sangat memahami bahawa saya tidak berminat dengan dunia politik. Mereka juga sangat menyokong kerjaya seni saya. Dari awal mereka sudah tahu bahawa saya meminati bidang seni.

“Bila saya masuk universiti pun saya belajar dalam bidang muzik. Jadi saya tak pernah rasa tertekan untuk ikut jejak langkah bapa saya,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem ‘Rahsia’.

Beralih ke soal kerjaya seni, selepas lama menghilang dari radar seni, Najwa kini muncul dengan lagu terbaru berjudul ‘Alunan Lara’ yang dicipta sepenuhnya oleh Najwa sendiri untuk dijadikan runut bunyi filem ‘Rahsia’.

“Selepas melahirkan anak, saya banyak menumpukan perhatian kepada anak, malah ketika hamil dulu pun saya rasa macam malas nak menyanyi. Tetapi kini saya kembali dan akan muncul dengan beberapa projek lain selepas ini,” ujarnya. – 2 Ogos 2023.

View Original Article