‘Saya tak rindu pun nak makan benda haram’ – Adam Corrie kesal difitnah makan babi

11 Jan 2024 • 9:00 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon Adam Corrie, 55, menafikan tuduhan yang dibuat oleh segelintir netizen yang mendakwa beliau merindui daging khinzir.

Tuduhan itu muncul selepas beliau berkongsi video keenakan mi wantan ayam merah BBQ di akaun media sosialnya baru-baru ini.

Adam yang telah memeluk Islam selama 16 tahun, merasa kesal kerana masih berdepan tuduhan sedemikian. Tegasnya tuduhan tersebut adalah tidak benar.

“Sebagai Muslim yang kembali kepada fitrah (peluk Islam) selama 16 tahun, saya tak rindu pun nak makan benda haram.”

Beliau turut tertanya-tanya motif sebenar individu yang melemparkan dakwaan itu.

Dalam pada itu, Adam menjelaskan makanan haram yang pernah diambil sebelum memeluk agama Islam adalah hal lampau.

“Selepas syahadah saya faham halal haram. Haram sedikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah banyak, carilah yang halal,” katanya.

Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dan mendirikan rumah tangga dengan pereka grafik, Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

Sumber: Kosmo! Online, X