“Saya Tak Selesa Lihat Dia..” – Jeon Doyeon Dikritik ‘Kurang Ajar’ Dengan Yoo Jaesuk

Entertainment
6 Aug 2024 • 3:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak semena-mena Jeon Do-yeon menerima kritikan pedas dari netizen Korea.

Sebelum ini, pelakon wanita itu telah muncul dalam “Pinggyego” yang dihoskan oleh Yoo Jae-suk untuk mempromosikan filem “Revolver”.

Dalam satu temubual lain, Jeon Do-yeon bercerita mengenai pengalaman menyertai bual bicara di YouTube itu,

Orang fikir itu adalah konsep tetapi saya sebenarnya tidak selesa. Saya adalah seseorang yang tidak pandai bertindak balas dan melihat Yoo Jae-suk berusaha begitu keras membuatkan saya rasa tidak selesa.

image is not available

Jelasnya, mereka tak pernah bercakap secara peribadi namun berada dalam tahun yang sama di universiti. Kemudian, mereka aktif secara berasingan sebagai pengacara dan pelakon.

Sejak itu, berita melaporkan netizen telah mengkritik Jeon Do-yeon atas sikapnya yang dingin. Rata-rata ramai merasakan bahawa pelakon tersebut bersikap kasar sedangkan Yoo Jae-suk hanya cuba melakukan tugasnya sahaja.

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.