”Saya Tak Sempat Nak Benci Sesiapa, Saya Sayang…” – Ruhainies

LocalEntertainment
10 Sep 2024 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ruhainies

Beberapa bulan lepas, nama pelakon jelita iaitu Ruhainies telah menjadi bualan ramai apabila dirinya ditangkap khalwat bersama penyanyi, Aliff Aziz.

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, Ruhainies berkata yang dia ingin menjalani kehidupannya dengan tenang selepas teruk dikecam atas apa yang telah berlaku.

Pelakon itu juga memberitahu yang dia mahu menjalani hidup tenang dengan cara mendiamkan diri daripada media sosial dan enggan membaca komen negatif.

Saya tak suka bergaduh secara terbuka sebab saya nak tunjuk contoh yang baik. Saya tak sempat nak membenci sesiapa.. saya sayang dan maafkan semua.

Manusia membuat kesilapan, tak ada yang sempurna.

Bukan tu jer, selepas namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan ramai pihak, dia mahu menaikkan namanya semula dalam industri ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan