“Saya Tak Seperti Orang Lain Yang Dapat Mimpi…” – Raja Azura Kini Tampil Manis Berhijab

13 Aug 2024 • 9:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
raja azura

Pengacara dan pelakon popular, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat tampil dengan imej terbaru iaitu bertudung.

Difahamkan, perubahan imej tersebut berlaku selepas Kak Engku pulang daripada menunaikan haji pada Julai lalu.

image is not available

Menerusi beberapa perkongsian gambar di Instagram, selebriti yang mempunyai darah kerabat diraja Perak ini menuai pelbagai respon positif daripada para pengikut.

Kata netizen, Kak Engku kelihatan lebih manis dan awet muda berbanding imejnya sebelum ini. Sejuk je mata memandang kan?

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 52 tahun ini mengambil keputusan berhijab bukan untuk kelihatan cantik tetapi demi Allah SWT.

Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.

Beliau sedar menutup aurat adalah satu tanggungjawab dan kewajipan ke atas dirinya. Lagi pula, beliau sudah puas dengan pelbagai imej yang digayakan sebelum ini.

image is not available

Dalam pada itu, beliau memohon orang ramai dapat mendoakan kebaikan buat individu lain yang masih belum berhijab sepenuhnya.

Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.

Katanya lagi, setiap manusia akan melalui pelbagai ujian dalam hidup di mana ujian itu mampu menjadikan seseorang itu lebih matang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Raja Azura | Harian Metro