“Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa..” – Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Datuk Red Harus Kuat Demi Anak

25 Apr 2024 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, penyanyi popular Adira Suhaimi dan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red telah sah bercerai dengan talak satu. Kata Datuk Red, dirinya telah reda dengan keputusan mahkamah itu.

Tidak mahu bermusuh

Menurutnya, dia telah terima apa yang berlaku dan berharap bekas isterinya akan mendapat kebahagiaan di masa akan datang. Tambah usahawan ini, dia tidak mahu bermusuhan dengan ibu kepada anak-anaknya itu.

Saya pernah cakap Datin Red dan Adira, mereka muda lagi dan ada masa depan. Saya cakap, jika perceraian juga menjadi pilihan mereka, tak apa saya reda. Saya akan doakan kebahagiaan mereka. Saya tidak mahu bermusuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Tak ada masa untuk bersedih

Bukan itu sahaja, Datuk Red menyifatkan situasi dirinya kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Dia juga harus memikirkan pekerjaannya dan tidak boleh terlalu terbawa-bawa perasaan dan hal rumah tangganya.

Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya senyum dan gelak saja. Diakui macam-macam masalah timbul. Tiba-tiba di atas, ekonomi kita jatuh dan bukan satu, tapi kedua-dua isteri mohon cerai. Saya tak tahu nak buat apa, saya reda saja.

 

Kiranya kena bersedia dengan segala kemungkinan. Sebab, saya ada tanggungjawab besar. Saya tak boleh ikutkan hati, fikir nak down atau apa. Masa itu dah tiada.

Sekadar info, perkahwinan Datuk Red dan Adira Suhaimi, terlerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor, semalam. Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

image is not available 1 day ago

"Saya Dah Tak Larat, Tanya Adira" - Sorokkan Kedukaan Dengan Senyuman, Datuk Red Sempat Hirup Teh O Ais Sebelum Beredar