“Saya Tak Takut” – ‘Enggan Settle Tepi’, Amelia Henderson Ambil Keputusan Terus Lawan A.Aida

2 Nov 2022 • 5:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini penerbit, Datuk A. Aida memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pelakon Amelia Henderson dan Idris Khan kerana menarik diri pada saat akhir daripada membintangi sebuah drama keluarannya.

Walau bagaimanapun, Amelia menerangkan bahawa tindakannya menarik diri daripada drama tersebut adalah kerana skrip yang diterima tidak sama seperti mana yang ditawarkan.

Akan tetapi, pelakon Idris Khan dan A. Aida telah bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah manakala Amelia tetap dengan keputusannya dengan meneruskan perbicaraan.

image is not available

Menurut sumber, Amelia yakin dirinya di pihak yang betul dan tidak berasa takut untuk menyelesaikan isu itu di mahkamah.

Saya ada keyakinan. Saya rasa saya tidak bersalah. Jadi saya tidak takut. Saya yakin dengan peguam saya dan yakin dengan kes saya.”

Dalam pada itu, Amelia turut memberi pandangan tentang keputusan Idris Khan yang membuat keputusan menyelesaikan kes saman di luar mahkamah.

Saya ok. Saya selalu sokong keputusan kawan saya dan dia ada hak untuk membuat keputusan untuk dirinya.”

Untuk info, A. Aida juga selaku plaintif sebelum ini menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan.

image is not available 1 minggu lalu

"Ni Mentaliti FINAS Sokong?!" - Mengaku Pentingkan Rupa Daripada Bakat, Ramai Pelakon Perli 'Statement' A.Aida