Saya Tak Tengok Berita, Tak Tahu Ada SD Sokong Muhyiddin - Ahli Parlimen Lipis

Politics
13 Jan 2023 • 6:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Abdul Rahman (kiri) berkata beliau tidak tahu menahu mengenai SD berkenaan biarpun media telah melaporkan perkara itu sebelum ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad tidak menafikan kemungkinan wujud akaun bersumpah (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak tahu menahu mengenai SD berkenaan biarpun media telah melaporkan perkara itu sebelum ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu sebaliknya memberikan alasan bahawa beliau tidak menonton berita.

“Ada nama saya? Saya tak perasan pula ada nama saya, tak pernah tengok berita.

“Saya tak tahu,” katanya ringkas kepada media, selepas selesai mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Selepas diasak dengan pertanyaan sama ada beliau merupakan seorang daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong SD berkenaan, Abdul Rahman akhirnya tidak menafikan persoalan tersebut.

“Saya tak nafi, tapi saya tak tahu. Kalau ada apa salahnya,” katanya lagi.

Ahmad Zahid menerusi taklimat semalam mendedahkan, 10 Ahli Parlimen BN, termasuk daripada UMNO bertindak menandatangani SD menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menerusi laporan media, beliau dikatakan memperincikan kawasan diwakili Ahli Parlimen berkenaan tanpa menyebut nama mereka, dengan empat daripadanya berasal dari Johor. - Getaran, 13 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved