‘Saya takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf’ – Fatiya Latiff nafi berdendam kerana Aiman berkahwin dengan Zahirah

14 Jan 2024 • 8:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Selebriti Fatiya Latiff mengakui tindakannya menyamakan Zahirah MacWilson, isteri kepada Aiman Hakim Ridza, seperti bibik kerana bengang dengan provokasi berterusan dari netizen yang kerap membandingkan dirinya dengan Zahirah.

Dalam masa yang sama, dia merasa sangat marah dan geram apabila teringat kembali pengkhianatan lalu yang menyebabkan dia masih menyimpan perasaan dendam yang mendalam terhadap Aiman.

Tak cakap Zahirah hodoh

Menurut Fatiya, dia tidak pernah mengatakan Zahirah itu hodoh, tetapi hanya menyamakannya dengan bibik.

“Saya tak cakap Zahirah itu hodoh, saya cuma cakap dia seperti bibik. Ada je bibik cantik yang pernah saya jumpa.

“Saya saja nak usik-usik manja. Saya tak berniat nakkacau rumah tangga Aiman dan Zahirah. Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman.”

Gambar throwback yang tak ada makna

Fatiya percaya jika Aiman dan Zahirah benar-benar saling mencintai, mereka tidak akan terkesan dengan hantaran yang dimuat naik di Instagram.

“Ia sekadar gambar throwback yang tak beri makna apa-apa buat saya. Saya berani letak gambar lama sebab saya sudah move one dan langsung tiada perasaan terhadap Aiman.

“Itu sahaja punca saya berdendam dengannya. Ia juga bukan sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah.

“Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya. Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman. Bayangkan sudah sembilan tahun berlalu, namun saya masih hidup dalam kesakitan. Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit.”

Tuntut Aiman mohon maaf

Fatiya juga menegaskan bahawa dia tidak akan berpuas hati selagi Aiman tidak meminta maaf, selain mengakui dirinya adalah seorang yang pendendam.

“Saya juga takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf. Saya memang seorang pendendam. Energi dendam membuak-buak bila terima provokasi. Saya sudah melupakan Aiman, tetapi tiba-tiba datang rasa bengang bila kisah lama diungkit semula.”

Dalam pada itu, Fatiya menafikan dakwaan kononnya dia mengalami masalah kesihatan mental. Sebaliknya dia hanya tertekan.

“Ya saya juga ada bertemu dengan psikiatri dan mereka maklumkan saya okey dan hanya mengalami sedikit stress.”

Sumber: Astro Gempak