Umum mengetahui mana-mana syarikat penerbangan mempunyai peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh penumpang. Walaupun peraturan ini penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua penumpang, ada kalanya sedikit budi bicara diperlukan dalam membantu penumpang daripada mengalami kerugian yang tidak perlu.
Kelmarin, seorang pengguna meluahkan rasa kecewanya dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan yang didakwa telah menzaliminya dan menyebabkan dia terpaksa membeli tiket penerbangan baru.
“Cerita duka dan sedih akibat bisnes zalim berterusan. Biasa berlaku penumpang datang untuk check in 55 minit sebelum berlepas, akan direject sebab mesti check dalam tempoh 60 minit sebelum berlepas.
“Saya kena, terpaksa beli tiket baru untuk penerbangan seterusnya ke Kota Bharu. Apabila menunggu masa untuk berlepas, penerbangan diumumkan lewat satu jam. Mereka hanya memohon maaf dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan” tulis pengadu, Rosdi Ab Aziz menerusi hantarannya di Facebook.
Ditahan, tiket telah dibatalkan
Untuk kali keduanya, Rosdi sekali lagi berdepan dengan masalah dengan syarikat penerbangan yang sama. Menurut Rosdi, dia telah membeli tiket penerbangan bersambung dari Kota Bharu – Kuala Lumpur – Kuching. Namun disebabkan ada tugasan yang perlu dilakukan, dia terpaksa datang awal sehari ke Kuala Lumpur dan membeli tiket penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tiket yang sebelum itu, tidak dapat digunakan.
“Apabila saya nak terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching di KLIA 2, saya ditahan selepas berada dalam pesawat kerana tiket saya telah dibatalkan dengan alasan saya tidak fly dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Malah, tempat duduk saya bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching telah dijual kepada penumpang lain.
“Gila betul peraturan meerka. Saya dah bayar, dah check in. Alasannya itu peraturan mereka. Mudahnya jawapan yang diberi, yang penting mereka mendapat duit atas kepayahan orang lain.
“Akhirnya saya terpaksa membeli tiket baru untuk penerbangan seterusnya. Isteri saya terpaksa pergi bersendirian. Saya cuba meminta untuk bercakap dengan pegawai merea, tetapi tidak dibenarkan.
“Saya tak halalkan duit saya atas penipuan mereka dengan peraturan yang tidak masuk akal,” tegasnya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengannya dan meminta Rosdi membuat aduan kepada Tribunal Pengguna atau pihak berkuasa lain.
“Ya Allah, kalau berlaku pada insan-insan yang tidak berkemampuan macam mana tu? Kita yang baca ini pun sakit hati,” kata netizen.
“Abaikan kebajikan dalam mengejar keuntungan, zalim. Ramai yang sudah kena, ramai juga yang sudah complaint tetapi tiada apa-apa perubahan. Mereka seolah-olah kebal sangat,” tambah netizen lain.
The post ‘Saya takkan halal duit saya atas penipuan mereka!’ – Lelaki dakwa dizalimi syarikat penerbangan tempatan? appeared first on The Reporter.


