“Saya takkan maafkan orang yang sakitkan hati saya lagi” -Zarina Zainuddin

27 Mar 2024 • 12:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

“Sumpah saya takkan maafkan orang yang sakitkan hati saya lagi”

Kata-kata tersebut dinyatakan oleh pelakon, Zarina Zainuddin menerusi satu hantaran di Instagramnya apabila mengatakan sudah tiba masanya untuk dia tidak dibuli lagi seperti sebelum-sebelum ini.

Dia juga mendoakan agar mereka yang berkata buruk tentang dirinya merasai ujian sama seperti yang pernah dilalui dalam hidup.

Doakan agar ujian2 berbalik kepada yang menghina

Tambahnya, doa-doa orang yang teraniaya ini makbul dan berharap insan-insan yang meninggalkan komen negatif terhadapnya tabah sewaktu diuji nanti.

kalau dulu saya sering di buli orang buat macam macam kat saya saya nanggis jer tapi sekarang saya cuma doakan semuga awak pun rasa apa yang saya rasa, InsyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

image is not available

Perkongsianitu telah menghadirkan pelbagai maklum balas daripada netizen di media sosial.

“Saya takkan maafkan” -Zarina sakit hati, warganet minta bersabar

Ada di antara mereka meminta supaya pelakon itu tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi di media sosial sehingga boleh mendatangkan persepsi negatif netizen yang tidak tahu hal sebenar.

Namun begitu, ramai juga yang mendoakan agar Zarina kuat dan tabah dalam melalui ujian ini kerana tahu bukan senang untuk menjadi ibu kepada anak-anak istimewa lebih-lebih lagi apabila mereka sudah meningkat dewasa.

image is not available

“Saya takkan maafkan” -Warganet minta lapor polis kalau

image is not available

 

image is not available

 

image is not available

 

Terdahulu, pelakon drama Rajuk Karina ini telah menafikan dakwaan pembantu rumah yang menuduh dipukul anak-anak autisme selebriti itu sehingga nekad melarikan diri.

Ujar Zarina, anaknya tidak memukul pembantu rumah berkenaan dan meminta agar wanita berkenaan tidak menfitnah anak-anaknya.

Dia juga menjelaskan yang wanita terbabit telah melarikan barang kemas miliknya termasuklah pernah meninggalkan anak-anaknya sewaktu Zarina berada di luar kawasan untuk bekerja.

Sumber: Instagram zarinazainuddin