“Saya Taknak Disondol, Janji ‘Single'” – Sedia Terima Duda Dan Menjadi Ibu Tiri, Nadia Brian Tidak Selektif Dalam Memilih Jodoh

24 Oct 2023 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang akres terkenal Malaysia, Nadia Brian akui dirinya sedang mencari peneman hidup namun tersekat di tengah kesibukan kariernya. Dia juga nafikan dirinya ‘jual mahal’ kerena tidak pernah dilihat bersama mana-mana jejaka.

Bagi Nadia, sedar akan komitmen yang ada sekarang, dia tidak pernah memberi sebarang harapan palsu. Untuknya, dia lebih selesa untuk berkawan dahulu tanpa tergesa-gesa untuk ke arah hubungan cinta.

Saya taknak kisah bercerai saya dahulu terulang kembali.

Bukan itu sahaja, pelakon berumur 32 tahun ini tak segan untuk mengaku sedia terima duda yang sudah mempunyai anak jika itulah jodoh yang tepat untuk dirinya di masa akan datang.

Tambahan pula, pelakon jelita ini tidak mahu menjadi punca kerobohan sebuah rumah tangga. Oleh itu, sebelum menjalinkan sebarang hubungan percintaan, Nadia mahu pastikan lelaki itu tidak beristeri terlebih dahulu.

Saya tak mahu jadi penyondol dan tak mahu disondol. Saya tidak selektif, janji single.

Oleh itu, hingga sekarang, ramai masih tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menjadi pujaan hati aktres ini. Atau mungkin Nadia telah berjumpa duda yang menambat hatinya?

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Semoga Istiqamah Pakai Tudung" - Nadia Brian Tampil Dengan Imej Baru Bertudung Labuh, Dah Tinggalkan Zaman Seksi?